Monday, 28 February 2011

sago pearl puding

Bahan-Bahannya :-)sumber dr matgebu
20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning (atau ikut kegemaran)

Cara membuatnya :-)
  1. Rendam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
  2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. Ketepikan.
  3. Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
  4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
  5. Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya.
  6. Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah. Biar sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, sebelum dikeluarkan dari acuan....selamat mencuba semuaa!!!

No comments: